PENULISAN KARANGAN

Kaedah penulisan pendahuluan, isi, dan kesimpulan.

MASLIZA BT ISA
D20171077833
DR. NUR FARAHKHANNA BT MOHD RUSLI
APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU (BMP3093)
KUMPULAN D

26May

 

Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak.   Oleh   itu,   pendidikan   anak-anak sebenarnya   bermula   di rumah.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

    

          Anak soleh, keluarga bahagia’. Itulah impian dan harapan setiap ibu   bapa.   Anak-anak   yang   bijak   dan   soleh   datangnya   dari   sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Tetapi, apa yang dapat kita lihat dewasa ini di muka hadapan akhbar-akhbar, terpampang muka-muka anak kita yang terlibat dengan kes juvana serta gejala sosial. Kes terbaru   yang   hangat   diperkatakan   ialah   membuang   bayi   oleh   anak remaja kita. Tanpa rasa belas kasihan, bayi-bayi ini dibuang seperti sampah sarap. Selain itu, kes rogol juga semakin menjadi-jadi semenjak kebelakangan ini. Di manakah letaknya moral anak-anak kita? Siapakah yang patut dipersalahkan? Dalam hal ini, ibu bapalah yang seharusnya memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak.

       Keluarga   memainkan   peranan   penting   dalam   mencorakkan kehidupan   anak-anak.   Oleh   itu,   pendidikan   anak-anak   sebenarnya bermula di rumah. Anak-anak diibaratkan sebagai selembar kain putih yang   bersih   lagi   suci.   Kita   sebagai   ibu   bapa   yang   prihatin   yang seharusnya   mencorakkan   mereka   samaada   menjadi   insan   yang berguna atau sebaliknya. Ibu bapa kini lebih mengejarkan kebendaan lalu   mengabaikan   tanggungjawab   mendidik   anak-anak.   Mereka beranggapan   bahawa   anak-anak   mereka   boleh   menjaga   diri   sendiri dengan   baik.   Jadi,   peranan   ibu   bapa   amatlah   penting   dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

         Di   sekolah,   ibu   bapa   tidak   boleh   menyerahkan   sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak  kepada guru. Ibu bapa haruslah sama-sama berganding bahu bersama guru dalam membentuk sahsiah anak-anak.   Pelajaran   anak-anak   amatlah   penting   sebagai   hala   tuju masa   depan   anak-anak.   Kes-kes   samseng   dan   buli   di   sekolah kebanyakan   dilakukan   oleh   anak-anak   yang   kurang   mendapat perhatian daripada ibu bapa dan keluarga. Janganlah dibiarkan begitu sahaja   anak-anak   tergapai-gapai   tanpa     bimbingan   dan   dorongan daripada ibu bapa dan keluarga. 

        Luangkanlah   sedikit   masa   bersama   anak-anak.   Tinggalkanlah sebentar   urusan   kerja   di   belakang.   Anak-anak   sebenarnya   inginkan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa. Fahamilah jiwa anak-anak kita. Dengarlah apa kehendak mereka. Anak-anak zaman sekarang tidak sama seperti anak-anak dahulu. Anak-anak di zaman sekarang   banyak   berubah   sealiran   dengan   kemajuan   sains   dan teknologi.  Berilah  penghargaan  atas  kejayaan  yang  diperolehi  anak-anak.   Isikanlah   jiwa   anak-anak   dengan   belaian   dan   kasih   sayang daripada ibu bapa dan keluarga. 

        Selain   itu, ibu  bapa   juga   turut  berperanan  dalam   mengawasi tingkah   laku   anak-anak.   Jangan   biarkan   mereka   terkontang   kanting tanpa perhatian ibu bapa. Ambil berat tentang aktiviti anak-anak. Ambil tahu juga dengan siapa dia berkawan, kemana ingin dia pergi dan pada pukul   berapakah   dia   akan   pulang.   Sekiranya   mereka   melakukan kesalahan, kita sebagai ibu bapa tidak boleh tindakan berat dengan memukul atau menghukum atas kesalahan yang telah mereka lakukan. Sebaliknya kita disaran menggunakan pendekatan yang bijak dengan menasihati dan menggunakan cara yang lemah lembut. Dengan cara ini, anak-anak tidak akan merasa dirinya terkongkong dan tertekan. 

         Oleh  yang  demikian,  jelaslah  di  sini  bahawa  keluarga  sangat memainkan penting dan besar dalam kehidupan anak-anak. Keluarga juga berperanan dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Anak-anak adalah amanah Tuhan kepada setiap ibu bapa. Sebagai ibu bapa yang prihatin,   kita   hendaklah   menjalankan   tanggungjawab   yang   telah diberikan   agar   dapat   melahirkan   anak-anak   yang   bijak   dan   soleh seterusnya dapat membentuk sebuah institusi keluarga yang bahagia.

26May

Rujukan dari Cikgu Suguz

  1. Menjelaskan jawapan atas permasalahan yang dibina dalam perenggan pendahuluan.
  2.  Kesimpulan menjadikiasan keseluruhan isi tulisan dengan versi yang lebih singkat, padat, serta menggunakan bahasa lebih mudah difahami. Kesimpulan boleh juga dimasukkan isi utama yang ditulis di  setiap perenggan isi. 
  3. Menyokong huraian yang dinyatakan dalam bahagian isi..
  4. Kesimpulan merupakan ringkasan padat kepada perenggan-perenggan sebelumnya dengan tidak mengulangi ayat utama baru yang diluar bahagian isi.
  5. Memberitahu bahawa pentingnya idea tulisan untuk dibaca orang.
  6. Menjelaskan hal spesifik menuju umum/general ( dari perenggan pendahuluan).
  7. Menarik orang membaca keseluruhan tulisan.
  8. Menyarankan dan membuat pembaca berfikir.
29Sep

Rujukan dari Cikgu Suguz

Pendahuluan yang bagus biasanya akan menyebabkan pembaca mengetahui terlebih dahulu apa yang akan anda tulis. Pendahuluan merangkumi argumen atau pembahasan. Mulailah dengan menarik perhatian pembaca melalui pembukaan yang menarik. Oleh itu, sediakan beberapa ayat yang ada perkaitan dengan apa yang ingin diceritakan dalam bahagian isi. 

Pelbagai formula yang dibina oleh munsyi atau guru-guru untuk mencipta satu pendahuluan yang bagus dalam sebuah karangan. Teknik yang ingin saya ketengahkan di sini ialah Teknik POPKISS.

TEKNIK POP KISS

Teknik yang menentukan cara untuk:-

1. Memulakan sesuatu karangan.

2. Meneruskan sesuatu karangan.

3. Mengakhiri sesuatu karangan.

TEKNIK POP KISS

P = Peribahasa - boleh memulakan karangan dengan peribahasa seperti "Simpulan Bahasa"

O = One, two, three words. Contoh "Ketandusan", atau "Nasib". Mestilah ada kaitan dengan karangan.

P = Pendapat anda /pendapat tokoh.

K = Komsas. Masukkan satu hingga lima kompilasi sastera dalam karangan.

I = Insiden / kejadian yang berlaku yang berkait rapat.

S = Statistik / angka yang berkaitan. Contoh 446 tahun.

S = Soalan. Contoh "Tahukah anda?". Soalan yang belum diketahui oleh pembaca.

TEKNIK POP KISS

Tiga masalah dalam penulisan perenggan:

1. Bagaimana untuk memulakan perenggan.

2. Bagaimana untuk meletakkan isi dalam perenggan.

3. Bagaimana untuk membuat kesimpulan atau penutup.

01Jun

Rujukan dari Cikgu Suguz.

Isi huraian karangan merupakan perkara yang sangat penting dalam sebuah karangan. Dalam karangan, bahagian isi dianggap bahagian tubuh badan manusia. Teknik yang ingin saya ketengahkan ialah seperti berikut :

Isi huraian karangan boleh dijelaskan menggunakan tekni PREPP. P yang pertama ialah point, manakala R pula ialah reason. E ialah untuk example, P seterusnya ialah untuk point dan yang terakhir ialah peribahasa.

P - POINT

R - REASON

E - EXAMPLE

P - POINT

P - PERIBAHASA

Untu menulis isi karangan yang bagus, ia memerlukan 6 aspek iaitu Apa, Siapa, Bila, Di mana, Bagaimana, Mengapa. Sebagai contoh :

Karangan Kesihatan.

Isi 1 : Menjalani pemeriksaan kesihatan.

1) APA : Pemeriksaan kesihatan merupakan satu perkara yang perlu di ambil berat oleh semua.

2) SIAPA : Golongan yang berusia lebih 40 tahun.

3) BILA : Pemeriksaan kesihatan perlu dijalani sekurang-kurangnya setahun sekali.

4) DI MANA : Boleh dijalani di hospital kerajaa, hospital swasta, dan klinik berdekatan.

5)  BAGAIMANA : Ujian darah , ujian air kencing.

6) MENGAPA : Melalui pemeriksaan kesihatan, kita dapat mengesan penyakit pada peringkat awal.

Blog ini dibina berdasarkan tugasan dibawah subjek Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu (BMP3093) di bawah bimbingan Dr. Nur Farahkhanna binti Mohd Rusli. Semoga blog ini mampu memberi input atau maklumat kepada pembaca semua. Terima kasih :)
About Me imageAbout Me image

"Tiada perkataan terlambat untuk terus belajar"

― Masliza Isa

I BUILT MY SITE FOR FREE USING